Seindah budi, terpahat kenangan

 

UMP KAMPUS PAYA BESAR, 6 APRIL 2023 - Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cik Nur Liyana Izzati binti Anua, salah seorang staf Penerbit UMP yang telah banyak berkhidmat dan menabur bakti khususnya dalam Unit Pemasaran & Jualan. Untuk makluman, Cik Liyana bertanggungjawab sebagai content creator serta mengendalikan kerja-kerja pemasaran produk di Penerbit UMP.

Setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Selamat maju jaya buat Cik Liyana di tempat baharu kelak!

    

 

 

Disediakan oleh Ameerah Humaira' binti Mohamad Hilmi, Penerbit UMP.