Temui Penerbit UMP di Big Bad Wolf, Kelantan

KOTA BAHRU, 23 Februari 2023 - Penerbit UMP berkampung di negeri Kelantan. Kini sedang berlangsung Big Bad Wolf iaitu sebuah pengembaraan buku pertama pada tahun 2023.

Lebih daripada 30 judul terbitan Penerbit UMP telah diterbangkan khas untuk anda bagi para peminat buku di Kota Bahru, Kelantan.

Marilah kita berpakat membeli buku-buku ilmiah pelbagai judul dan kategori terbitan Penerbit UMP dengan harga yang paling tidak masuk akal iaitu serendah RM5.00 khas khas untuk orang Kelantan. 

Tarikh: 23 Februari - 5 Mac 2023
Masa: 10 pagi - 12 tengah malam
Tempat: Lotus’s Kota Bahru, Kelantan

 

 

Disediakan oleh: Nur Liyana Izzati binti Anua, Penerbit UMP.