Visi dan Misi Penerbit UMP

Penerbit Universiti Malaysia Pahang bermatlamat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan ke arah membantu dan menggiatkan staf akademik menghasilkan penerbitan bagi kegunaan pelajar, penyelidikan serta membantu proses pembelajaran dan pengajaran di universiti. Selain daripada itu, Penerbit UMP juga menerbitkan karya asli untuk bahan bacaan umum kepada masyarakat sebagai salah satu usaha membina intelektual dan mengembangkan hasil karya ilmiah. Sebagai sebuah universiti Kejuruteraan dan Teknologi, Penerbit UMP juga menerbitkan pelbagai hasil penyelidikan staf akademik UMP melalui penerbitan jurnal, prosiding dan monograf.

 

Visi kami adalah menjadikan Penerbit UMP sebagai sebuah penerbit yang menghasilkan penerbitan berkualiti dan unggul, di samping misi Penerbit UMP adalah sentiasa  menggalak dan memperkayakan penulisan ilmiah para akademia universiti agar memenuhi malah melangkaui kehendak pelanggan melalui penyediaan penerbitan yang berkualiti tinggi.

  • Menyokong visi dan misi UMP sebagai pengembang dan penyebar ilmu melalui peningkatan hasil penerbitan ilmiah bagi memenuhi keperluan semasa pengajian peringkat tinggi.
  • Memperkaya koleksi ilmiah menerusi penerbitan buku dan jurnal bagi menjadi sumber rujukan yang mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat.
  • Menyebar luas hasil karya terbitan UMP sama ada melalui jualan atau khidmat sosial.
  • Memasyarakatkan ilmu kejuruteraan dan teknologi menerusi penerbitan buku-buku ilmiah yang bermutu di samping jurnal, prosiding dan monograf
  • Mempertingkatkan tanggungjawab sosial melalui penganjuran bengkel-bengkel, seminar, kolokium dan kursus dalam penerbitan dan penulisan.